Sunday, August 22, 2010

Let me start again.

Selalunya memang lah susah untuk berbuat sesuatu lagi-lagi jika ianya memerlukan biaya untuk mendapatkannya dan setelah itu bergelumang dengan perasaan syak wasangka iaitu boleh atau tidak ianya mendatangkan hasil yang dikehendaki.

Jadi dari ayat diataslah akan saya mulakan blog saya ini dengan harapan dapat membantu diri saya mencapai matlamat hidup saya masa kini dan seterusnya. Ini akan menjadi wadah bagi semua yang sudi membacanya tapi sekurang-kurangnya untuk saya penuhkan D.A.N.C.E iaitu huruf penghabisannya "E" yang bermaksud "Evaluation" setakat mana saya telah berjaya mengatasi rintangan hidup bermatlamatkan keberkatan hidup menuju ILLAHI.

Saya mula berjinak-jinak dengan facebook setelah di introkan oleh teman-teman. Nama Abg Abu dan mekanik wang selalu timbul tapi saya tidak hiraukannya kerana saya kurang percaya tentang guru guru motivasi setempat kerana saya telah banyak mengikutinya menerusi course2 yang dihantar oleh pihak majikan saya selama saya berkhidmat di jabatan kerajaan selama lebih dari 14 tahun.

Dipendekkan cerita, satu hari pihak MAEC Cheng San CC menjemput Abg Abu untuk memberi motivasi pada kaum Melayu di daerah ini yang mendapat bantuan kerajaan selama ini. Pada hari itu pula seperti biasa saya juga harus melaksanakan berbagai tugas lain juga. Namun hati saya tegerak untuk hadiri ceramahnya.

Saya tidak tahu siapa yang akan dijemput untuk memberi ceramah hari itu. Bila masanya sampai barulah saya nampak Abg Abu buat pertama kali dan cara beliau memberi ceramah motivasinya... WOW !!! POWER !!! tetapi sayang kerana saya terpaksa pergi sebelum tamat acara tersebut. Saya beredar dengan hati yang berat tapi saya dapat merasakan bahawa saya akan berjumpa dengan Abg Abu tidak lama lagi....

Selang beberapa minggu saya merenung kehidupan saya sejauh ini. Pada refleksi diri itu saya berkata "Tidak akan kemana-mana lah saya jika saya terus membuat perkara-perkara yang sama hari demi hari dan dengan cara ini semua masalah saya tidak akan dapat diatasi, lagi-lagi masalah kewangan. Jadi saya membuat keputusan untuk menghubungi Abg Abu secara peribadi kerana mendapat tahu bahawa beliau ada sesi perbincangan pada setiap hari Selasa. Saya terus menghubungi beliau untuk membuat "appointment".

Saya amat teruja sekali apabila dapat bertemu dengan Abg Abu. Kita bercakap-cakap selama 2 jam dan dipenghujung sesi itu saya setuju untuk mengambil course MAP untuk kaya beliau. Abg Abu dapat menjawap segala pertanyaan saya secara tuntas dan bernas. Beliau mungkin lebih muda dari saya tetapi sekarang dia lah Mentor atau Life Coach saya yang official...

Saya ditakdirkan dapat berkenalan dengan Saudara Muhammad Shawal apabila menghadiri course Abg Abu. Shawal juga akan memainkan peranan yang penting bagi mencapai cita-cita saya untuk hidup tanpa memikirkan lagi tentang wang (financial freedom).

Berbalik pada perkara tentang pembiayaan agar mendapat apa yang dicitakan, saya membayar course fee untuk program Abg Abu MAP untuk Kaya dan seterusnya saya mengeluarkan biaya untuk dua course lagi, iaitu seminar facebook oleh Muhammad Shawal dan Forex oleh Kishore. Saya pun telah memperolehi 3 set ebook tentang pemasaran secara online dan satu lagi ebook cara-cara menjadi kaya menerusi kaedah yang berlandaskan agama Islam untuk membantu saya mengharungi bahtera kehidupan agar sampai destinasi indah yang diidami selama ini.

Alhamdullilah, saya baru mendapat hasil pelaburan forex mengikut kaedah yang diajar oleh Kishore sebanyak USD$132 pada hari pertama saya trade secara "live". Saya telah pun dapat pengesahan dari seorang Ustaz bahawsanya Spot Forex trading adalah halal dan berdoa agar terus diberi rezki yang berlimpah-ruah dari Allah S.W.T. Insya Allah akan saya agihkan sewajarnya untuk terus menikmati rezki yang halal ini untuk mendapat keberkahannya dunia dan akhirat....

Ya Allah, sesungguhnya aku hanya berharap pertolongan dari MU dan bukan dari yang lain ...menerusi perantaraan yang telah ENGKAU sediakan. Berilah aku rezki yang banyak lagi halal dan berkat. Sesungguhnya ENGKAU sahaja yang aku menaruh segala harapan ku. Segerakanlah urusan ku untuk menunaikan ibadah Haji secepat mungkin dan bukakanlah pintu rezki MU seluas-luasnya untuk ku agar aku dapat hidup dengan penuh keberkatan dibawah naungan MU. Salam sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan seluruh anggota keluarganya, Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam.... Ameen

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 

 

 

 

   Free Web Page Hit Counter
1 800 Dentist