Friday, August 27, 2010

Kenapa kita tidak boleh kaya ?

Saya telah melalui sedikit rintangan didalam usaha untuk menjadikan hidup bebas dari dibelenggu masalah kewangan, yang banyak di war war kan sebagai mengecapi "Financial Freedom".
Masyarakat kita semuanya rata-rata menginginkannya tapi sebelum mereka mulakan sahaja mereka telah kecundang.

Ini adalah kerana sebenarnya masyarakat Melayu kita suka mentomahkan orang-orang yang kaya-raya. Mereka menganggap semua orang-orang kaya itu bongkak, lupa diri dan sombong. Jadi apabila mereka berusaha dan gagal mereka akan memberi alasan bahawa memang mereka tidak menjadi kerana bukan rezki mereka dan mereka lebih suka ditahap ini kerana ianya akan menjamin dirinya tidak akan bersifat seperti sifat-sifat yang terkutuk seperti di atas itu.

Satu lagi masalah kenapa masyarakat Melayu susah sangat memecahkan belenggu kemiskinan atau tidak dapat hidup dengan selesa adalah mereka takut beribadah untuk menjadi kaya. Apa ? Allah tidak suka kita mendapat rezki yang banyak lagi berlimpah-ruah ? Betul ke ?

Selalu sangatlah dimainkan didrama-drama Melayu yang memaparkan seorang itu sebelum Kaya, dia akan bertungkus-lumus menggerjakan ibadah tapi selepas mendapat semua itu mulalah dia berfoya-foya dengan kesenangannya itu. Betul ke ni ? Jadi janganlah minta-minta jadi kaya nanti kita akan berfoya-foya selepas itu. Belum pun mula dah kena tembak lagi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 

 

 

 

   Free Web Page Hit Counter
1 800 Dentist