Tuesday, June 10, 2008

Pengalaman mengerjakan Umrah 17/5 - 31/5/2008

(@ the airport...leaving)

Hati ku sedih
apabila menoleh
melihat sanak saudara
keluarga dan teman2 setia
melambaikan tangan mereka
mengucapkan selamat pergi
mengharapkan selamat kembali

Namun ku cekalkan hati
memandang kehadapan
mengharapkan belas ikhsan
dari yang Maha Mengetahui
adakah akan berjaya perjalanan ku ini ?

(@ Medinah & Makkah)

Kaki ku menjejak Tanah Haram Mu
Ya Allah beruntung rasanya
mendapat peluang ke Rumah Mu
Tak kan ku sesiakan waktu
akan ku penuhi dengan bershahadah ke atas Mu...

Hanya waktu yang ku sedari
Tanpa tahu tentang apakah hari
adakah ini hari Sabtu ?
atau ini hari Minggu ?
hanya yang dikisahkan adalah
waktu sholah
sekarang waktu Zohor
sudah dekat waktu Asar
akan beriktikaf pada waktu Marghrib hingga ke Isyak...
harus bangun 2:30 pagi untuk Subuh...

Selepas makan pagi jam lima
waktu beristirehat hingga ...
mula lagi waktu sholah...
ianya bagai membuat aku
ingatkan mana yang penting
dalam hidup ku...
adakah ianya hari
atau pun waktu...

Sungguh aku terharu
pabila dapat mendekatkan hatiku
rapat dengan Multazam
rapat dengan Hijir Ismail
untuk menguatkan Azam
untuk mendapatkan ketakwaan...

(Homeward bound...)

Pesanan telah ku tunaikan
Harapan telah ku kotakan
Tinggal Kenangan
dan Pengalaman
yang aku bawa pulang
kepangkuan keluarga dan handai taulan
untuk dibuat renungan dan pelajaran

Kepulangan disambut penuh kemesraan
melalui kunjungan dan penulisan
di rumah dan di layar siber
kehadiran teman2 sangat dirasa

Dalam doaku setiba di negara
moga perasaan ketakwaan terus dijaga
moga ketertiban dapat terus diawasi
agar ini suatu pelaburan yang tidak rugi

Pabila di sana
ku mimpi di sini
Pabila di sini
ku mimpi di sana
entah apa
yang menanti
ku harap semua ini
hanya permainan minda
yang tidak ada erti apa2

Harapan memang ada
agar dapat menunaikan
rukun Islam yang kelima
moga dapat diselengarakan
semasa ada tenaga
InsyAllah dalam masa yang tersingkat hendaknya...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 

 

 

 

   Free Web Page Hit Counter
1 800 Dentist